Isnin, 19 Januari 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL KEGURUAN 2009

Awal tahun mesti byk keje...br2 nie..sek aku buat kursus utk cikgu sek...ala2 kursus motivasi...dah tua2 pun kene bg nasihat lagi yea...hampeh tul....kursus nie berlangsung di Hotel Sri Malaysia Port Dickson selama 2 arie satu malam iaitu pada 17 dan 18 arie bln 1 2009 ....Antara program yang dijalankan di saner adalah....

-Ucaptama oleh Tn.Hj Mahmud b. Karim
( Pengawai Pelajaran Daerah Klang )
- Ceramah Profesion Perguruan oleh En. Megat Feisal b. Megat Ahmad Zulkifli
( Pen.Pengarah Latihan Pusat Pengurusan Latihan , JPS )
-Ceramah Perkhidmatan dan Perintah Am oleh En. Ansor b. Warman
( Mantan Ketua Pembantu Tadbir , JPS )
- Ceramah Pengursan Trauma oleh Dr. Siti Tanizah bt. Mohd Toha
( Setiausaha , Bahagian Psikologi & Kaunseling , kementerian Pelajaran Malaysia )
-Ceramah Nilai dan Sikap Dalam Etika Keguruan oleh Tn. Hj. Nordinb. Hj. Yaman
( Guru Besar , SK Bangsar , Kuala Lumpur)


aku ambik sijil...
bdk nakal dlm dewan..hahahha

lepak dulu sblm masuk dewan..

di luar dewan..nak isap rokok tak leh..hehehhe




masa hari akhir kursus....

marie gmbe ramai2...

dalam kete nak blk....

lepak dulu sblm blk...

CUTI-CUTI MALAYSIA

Hujung tahun je....mesti bosan....biaselah cuti panjang....hahahha...member plak tak de.....tahun nie...lain skit...g cuti..mak aku beria beno nak g Langkawi..al-maklumlah..dua orang adik aku ade kat Kedah...senang skit...berjalan sakan aku...perlis , pulau pinang , perak n kedah ..seminggu aku g 4 negeri ...heeee...


nie kat sempadan Thai...
aku kat luar negara..
selama 30 minit ...hahhaa....


kat ner nie yea ...



emak aku....garang nie..


kat Bukit Bendera


jarang aku gmbr ngan abah aku....


aku dah lupa kat ner nie..

heeee.....aku yg tangkap pic nie...

sj je....

abah aku ngan adik aku yg bongsu..

kat puncak gunung......

tinggi beb....

Ahad, 11 Januari 2009

AKU SEORANG MELAYU...

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
tiada daulat tiada maruah tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah ingatlah wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
kerana perjuanganmu belum selesai……



Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjay

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA...

"MELAYU - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
     "Dagang lalu nasi ditanakkan
     Suami pulang lapar tak makan
     Kera di hutan disusu-susukan
     Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdek

 


Sabtu, 3 Januari 2009

TERINGAT MASA LALU....

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual bukucerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tpjust tengok gamba je. bile ade programNilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp ygberduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpnblkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utkpadam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlmade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn seringdijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume bolehtp bile time kaler sume hampeh. ade gakbuat anyaman pakai kertas warna, kolajla, ape la...

- main game 2D. super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb boletuka2 kaler ikut suhu n cuaca.- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak. Beli se mata2 nakmainan, coklat die x mkn pon.- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan diekat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasaberubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~