CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?
(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.
i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.
ONLY FORWARD IF YOU CAN READ THIS
Jumaat, 20 November 2009
BOLEH ANDA BACA NIE....
LELAKI VS PEREMPUAN
di buka di
“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”
Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu. Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama. Di lantai 1 terdapat tulisan:
LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.” Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 2 terdapat tulisan:
LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.” Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:
LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.” Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik. Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:
LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.” “Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”. Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:
LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.” Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan:
LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 4363012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!
Khamis, 12 Februari 2009
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT NAGA
KEADAAN SEBELUM MESYUARAT DIMULAKAN....
PEMBENTANGAN DARIPADA SETIAUSAHA PIBG , CIKGU EZHAM..
KEHADIRAN IBU BAPA....
ANTARA BARISAN AJK PIBG YANG BARU....
Ahad, 8 Februari 2009
RUMAH SUKAN AKU MENANG LAGI...
BERSENAM DULU.........
ANTARA CIKGU YANG TERLIBAT.....
UCAPTAMA DARIPADA GURU PENOLONG KO-KURIKULUM SK BUKIT NAGA ,CIKGU YAHYA
DI SINILAH BERMULANYA................
PERONDA YANG BERTAULIAH...YE KE.....
KEMENANGAN YANG TELAH DIJANGKAKAN....HEHEHHEHE......SYABAS....
INI JE YANG DAPAT AKU TANGKAPKAN KAN....YANG LAIN DAH BALIK...TERUTAMA BUDAK LAKI...
Isnin, 19 Januari 2009
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONAL KEGURUAN 2009
-Ucaptama oleh Tn.Hj Mahmud b. Karim
CUTI-CUTI MALAYSIA
Ahad, 11 Januari 2009
AKU SEORANG MELAYU...
Melayu Mudah Lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
tiada daulat tiada maruah tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah ingatlah wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
kerana perjuanganmu belum selesai……
Perjuangan Yang Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjay
TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA...
"MELAYU - Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdek
Sabtu, 3 Januari 2009
TERINGAT MASA LALU....
- kat skola ade salesman jual bukucerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tpjust tengok gamba je. bile ade programNilam, sebok semua nak pinjam buku.
- RMT kat skola mkn x best, tp ygberduit pon join RMT, x phm....
- pakai pensel box yg bole bukak dpnblkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
- main lwn pemadam, syg nak guna utkpadam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlmade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn seringdijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis sume bolehtp bile time kaler sume hampeh. ade gakbuat anyaman pakai kertas warna, kolajla, ape la...
- main game 2D. super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb boletuka2 kaler ikut suhu n cuaca.- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang.Tora pon best gak. Beli se mata2 nakmainan, coklat die x mkn pon.- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan diekat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles,Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasaberubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~